Friday, October 14, 2016

#RoadbacktoAllah

October 14, 2016
Aku rasa aku dah jauh melencong. Jauh sangat. Aku rasa aku hamba Allah yang selalu sangat buat dosa. Aku rasa aku kehilangan something dalam hidup aku. Aku rasa macam tak perfect life aku sebab tak dapat something tu. You know what? Mostly, yang baru berhijrah akan cakap dia rasa macam hidup dia tak sempurna and macam ada kekurangan sesuatu tapi dia taktau apa. So, aku rasa benda yang sama apa yg diorg rasa.
Moga Allah swt permudahkan segalanya. Moga Allah swt bagi kekuatan kat aku untuk tempuh kehidupan kat dunia ni. Jangan lemah wahai diri. Jangan jatuh walau diuji sedikit. Ingat wahai diri, Allah always with you and will never leave you alone. 

Thursday, May 5, 2016

Medan Usrah: JAGA HATI

May 05, 2016


Part 1.
Watak cerita.
Hafiz: A boy. The very tiptop bab agama.
Nur: A girl. The very the solehah (baru hijrah) .
Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.
Tiba satu soalan dari adik usrah, "Abang Hafiz, camne nak jaga hati?" .
Hafiz sengih. Typical random one.
.
.
" Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah." .
.
.
"Mesti abang Hafiz tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat." .
Hafiz sengih .
.
.
"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Hafiz serius .
.
.
"Lelaki yang jaga pandangan, akan diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul betul." .
.
Hafiz pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.
Dia mula teringat kisah lalu dia. Beberapa tahun yang lalu..... (bersambung in part 2)
Sambungan.
Part 2.
Hujan. Hafiz bergegas ke stesen bas untuk berteduh. Tiba tiba bunyi macam.. suara apa mendayu dayu ni. Haih banyak kali Hafiz istighfar. Hafiz tengok sekeliling. Tiba tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran .
Nur selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda tanda nak berhenti. Nur  tengok sekeliling. Tiba tiba dia ternampak Hafiz. Hafiz tunduk.. Tiba tiba Nur rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua duaan. Lagipun Hafiz pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.
Hafiz pandang sekilas .
"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Hafiz .
.
"Argh! Istigfar Hafiz!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.
Esoknya.. Hafiz pergi library. Saja nak lepak. Kalau dekat bilik, roommate duk memekak lagu Korea. Baik duk dekat library, heaven, takde orang nak kacau.
Nur buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.
But.. Hafiz pasang telinga.
.
"Macam kenal suara ni.." .
Rupanya port Nur lepak dengan port Hafiz bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.
Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Hafiz untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.
.
"Assalamualaikum?" .
Nur teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.
.
"Err miss?" Hafiz try lagi. .
.
"Already a MADAM!" Nur bangun dan blah.
Waktu tu Hafiz rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar .
Nur sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!
And so.. satu hari takdir mempertemukan mereka berdua.. (bersambung in part 3)
Sambungan.
Part 3.
Hafiz dan Nur dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.
Nur dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Hafiz.
Hafiz..? maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.
The meeting went well. Hafiz interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nur. Both menjaga. Tapi Hafiz, still rasa terpukul.
Satu hari atas sebab kerja, Hafiz WhatsApp Nur. Pung pang pung pang sampai pukul 12.
Nur selambe je read tapi tak reply, bluetick, online .
.
"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nur." -Hafiz.
Nur dumbfounded. " Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh" .
The next morning, " for your information, I'm still a miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nur.
Hafiz baca sekali dua, tiga, empat kali. " Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Hafiz sengih.
Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Hafiz berkira kira nak WhatsApp ke tak and at last..
.
"Sorry kalau ada buat salah pape." .
.
Nur reply, "K"
.
Hafiz reply, "K? Potassium?"
.
Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nur replied.
And so.. bermulalah kisah baru. Saling  berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah sirah Nabi.
That term (romantik islamik) .
Satu hari, Nur cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.
Dan takdirnya.. Port cun tadi sebenarnya port budak budak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.
Nur tanya kak Yuliza, the naqibah.
.
"Akak. nur hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?" .
.
"Lupa nak baca Bismillah kot." .
Gelak berjemaah.. Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak nur buat something yang Allah tak redha?" .
.
Nur senyap.. Dup! Ada.. kot?
Kak Yuliza sambung.. " there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell." .
Nur: Sebenarnya nur.. ada suka sorang mamat ni.
.
Kak Yuliza senyum.. (bersambung in part 4)
Sambungan.
Part 4.
Nur:  Tapi.. Nur dengan dia takde pape pun. Just kawan.
Kak Yuliza: Kawan macamana tu? .
Nur: Kiteorang selalu share kisah kisah agama. Helping each other. Sebab Nur kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama.
Kak Yuliza: Let me ask something, selalu contact? .
Nur: Selalu la jugak. Sebab kami buat program kerjasama.
Kak Yuliza: Jujur. Discuss urusan kerja je? .
Nur senyap.. Nur start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.
Kak Yuliza: Sister, do you love him? .
Nur: Kind of.. no. But yes. Hm.
Kak Yuliza: If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa.
At 3.00 a.m Nur bangun. Qiyamullail.
Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.
After a few weeks, Nur buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.
Nur tekadkan hati. She must help Hafiz.
Nur: Hafiz, kau selesa ke dengan keadaan camni? .
Hafiz: Eh hilang ke mana? Apake pelik soalan tu? .
Nur: Random.
Hafiz: Nur, are you okay? .
Nur: And if I said I'm not, what will you do? .
Hafiz: Nur.. what? Tell me. Please.
Nur: Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you.
Hafiz: Apa ni Nur.. cuba cakap bahasa Hafiz faham. Jadi macam dulu? Dulu cane? .
Nur: Waktu hati Hafiz masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati.
Hafiz speechless.
Hafiz: Nur give me time.
Nur: Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam.
Nur nanges.
Hafiz nanges.
Both hurts
.
"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most." .
Hafiz WhatsApp Izaha, "Brother, need some help." .
Izaha: Sure. How?
.
Hafiz: Meet me. Port biasa at 2.00 pm. Urgent! (bersambung in part 5)
Sambungan.
Part 5.
Hafiz dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.
Izaha: Stress pikir pasal Ummah ke duh? .
Hafiz geleng. Muka serius, tegang sangat.
Izaha: Okay, silap timing. So wassup? .
Hafiz: I knew a girl, and I'm in love.
Izaha: Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan.
Hafiz jeling.
Izaha: woo woo hold on. So the problem is? .
Hafiz: Silap step.
Izaha: Already langgar the pant
ang larang? .
Hafiz: Kind of.. I know but its just. .
Izaha: Benda dosa memang seronok buat.
Hafiz speechless.
Izaha: Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong. May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku." .
Hafiz: Proceed.
Izaha: Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia? .
Hafiz: Sangat? I thought of making her as my wife dah.
Izaha: Then I bet, you must be so serious.
Hafiz: Truly.
Izaha: But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists.
Hafiz: Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je.
Izaha: Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati.
Hafiz betulkan duduk.
Hafiz: But I'm.. not contacting her, makes me suffer.
Izaha: Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu.
Izaha sengih.
Aturan Allah tu perfect.Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Hafiz, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. (bersambung in part 6)
Sambungan.
Part 6. The End of the Chapter.
Kau tahu, Hafiz? Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not? ..
*Izaha siku bahu Hafiz*
.
Hafiz: Aku dah lama tak tahajjud.
Izaha: Sebab? .
Hafiz: Tak terbangun.
Izaha: Allah taknak kejut kot? .
Hafiz: Hmm *kepala tertunduk*
Izaha: ops! .. Last ayat ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam. Jangan sebab kita ada ilmu, kita ada rupa, kita salah guna dengan tarik dan mainkan hati wanita. Allah sangat sangat tinggikan darjat wanita dan Rasulullah sangat tak suka lelaki yang mainkan hati wanita ni bro! .
Tanpa sedar Hafiz sudah terlalu lama mengelamun saat diri dia yang dahulunya sampai dia tak sedar dia berada dalam table usrah yang mana orang sedang tunggu jawapan dia..
.
"Abang Hafiz? Are you there?" - Adik usrah
Hafiz: Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi? .
Camne nak jaga hati? ..
.
*Hafiz sengih* .
.
Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa.
The end.
Conclusion: Wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. Jadi berhati hati lah. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. Afaf hanya kongsikan sebuah kisah yang mungkin di alami semua orang, mungkin juga sebahagiannya. Ambil yang baik, buang yang buruk. Lagi kita berilmu, lagi Syaitan cuba porak perandakan hati hati kita. Berhentilah sekarang, atau lambat merasai penyesalannya. Kalian percaya Allah? Afaf percaya Allah. Sebab percaya, apa jadi dalam hidup kita; lalui saja .
Allah yang beri ujian ni, Allah juga yang sembuhkan segalanya. Tidak kira dari segi perasaan mahupun perhubungan. Anggap ianya menjadikan kita lebih matang. Dan afaf jatuh bangun afaf, afaf sentiasa monolog diri, " Hati, kau kuat. aku tahu." .
Bagi daie, dia juga seorang manusia. Setiap daie melalui fasa fasa ini. Untuk mereka yg bawa panji2 agama, kuatlah laluinya. Muhasabah diri bersama. Moga bermanfaat. Perbaiki diri bersama sama. InshaAllah. Mungkin kalian ingin meluahkan sesuatu di hati? silakan. Kalian tak sendirian :)

Friday, April 22, 2016

Dedicated to Effisioners

April 22, 2016
Remember this gais,
Even aku dah tak contact kauorg or tak pernah contact sejak habis sekolah ni. Aku takpernh lupekn korg lgi lgi jasa korg kat aku. Each of u prnh buat kenangan manis dgn aku. So klau korg terasa ke hape sbb tak contact korg aku minta maaf byk byk. Aku doakan korg berjya dunia n akhirat 
Rindu aku kat korg sma mcm korg rindu boyf korg.
Sayang aku kat korg sma mcm syg aku kat adik bradik aku.
Till we meet again sahabat,
Pertemuan dan perpisahan kita krna Allah 


Thursday, March 31, 2016

Friendship never end

March 31, 2016


Yang selalu buat aku tenang
Yang selalu buat aku ketawa
Yang selalu buat aku sakit hati
Yang selalu buat aku nangis
Yang selalu buat aku bengang
Tanpa diorang hidup tak rancak
Tanpa diorang hidup tak lengkap
Moga friendship kita kekal
Alhamdulilah aku beruntung dan bersyukur sangat ade diorang
Selepas family kawan sangat penting dalam hidup kita 

Thursday, March 24, 2016

PERMULAAN

March 24, 2016
kite cuba perlahan lahan walaupun liat.
makin sukar kalau hati cakap susah.
sikap malas menghancur segalanya.
niat di hati mesti teguh.

orang cakap mula dari solat taubat.
tapi aku tak berani.
takut buat dosa berulang kali.
diri ini masih lemah.

iman kita naik turun.
bukan mudah nak kawal.
jahilnya seseorang hamba itu.
moga Allah menutup segala aib kita.

''ONLY I CAN CHANGE MY LIFE, NO ONE CAN DO IT FOR ME'' - Carol Burnett -



Follow Us @soratemplates