Friday, April 5, 2019

Suara

April 05, 2019
Kalau aku tak sedar maybe aku terus terjun je. Sampai sekarang aku rasa terkejut sangat. takleh nak stop fikir pasal tu. Benda tu tak real tapi boleh jadi real. Cita dia, aku dekat tingkat atas kat print station ni. so dekat atas ini ada satu pintu belakang yang takde pintu dan takleh jalan pun benda tu terbuka..... so I walk alone nak pegi basuh tangan kat toilet bersebelahan pintu tu. Aku punya halusinasi aku tak terjun tapi aku jalan terus tak berhenti like kau tahu kau akan jatuh tapi kau jalan je. aku punya halusinasi ni sampai aku rasa aku nak buat betul betul... sumpah weh, nak dekat tu baru aku sedar.... rasa macam ada suara apa tah yang macam memanggil aku untuk buat benda tu. AKU TAK TIPU! NI SUMPAH BETUL! AKU GILA KA WEI?!

Friday, March 29, 2019

oholaa

March 29, 2019
Assalamualaikum and hello peeps!

wau, lama betul tak menaip. kinda busy-while-im-not-actually 😝 so harini 29 march 2019, jumaat and i dekat print station cafe with iman ofcourse. I'm having my final semester right now!! doakan I berjaya and lulus my fyp and graduate macam orang lain. I dont know why tapi I rasa takut sangat tapi tak tahu kenapa. AND YEAH I ALREADY TURN 21 THIS YEAR!! HELL YES IM OLD OLEDY BUT IM TOTALLY PROUD TO BE 21 NIGGA! sebab I rasa i dah besar, dah boleh decide sendiri ( ok ni tak sbb sampai sekarang apa apa hal i suka my dad decided kan utk I ) Hyphothesis yang I dapat, semakin tua semakin sensitif tau I sekarang. I rasa dah kembali ke zaman budak budak wth kan 😂

so far sebenarnya I tak okay. sometimes I rasa macam depressed tapi I taktau depressed tu macam mana. I rasa macam nak bunuh diri tapi I masih ingat Allah. I rasa kosong, sedih, marah. I suka sakitkan diri I sebab I tak rasa sakit. sometimes I rasa I ni kurang kasih sayang, I jahat tak macam orang lain and tak kut tah. LIKE SERIOUSLY I SUMPAH ADA BANYAK BENDA NAK CERITA BUT I TAKTAHU NAK CERITA MACAM MANA!! GERAM TAHU!

Sunday, July 16, 2017

A few step

July 16, 2017
Bismillah,

" Hidayah tu milik Allah SWT. Bersyukur kalau sampai kat hang dalam keadaan apa sekalipun. Kalau pintu hati dah terbuka untuk bertaubat, teruskan. Jangan berhenti jangan ignor. Bukan senang bila hati betul betul nak bertaubat ni. So, Alhamdulillah ya rabb ;) " - kata hati kepada diri sendiri.

Aku bukan apa, nak tak nak kena buat nota juga untuk diri sendiri takut alpa hehe. boleh kut siap buat alarm skali. step ni aku kena ikut tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. berubah secara drastik ni tak boleh juga kan? takut orang sekeliling tak dapat terima and aku sendiri takut ianya cuma hangat hangat tahi ayam hehe.

So step-step-nya :

  1. kena mula biasakan diri wearing loose-cloths! do prefer yourself to buy cloths yang can cover all your aurats and loose opkos.
  2. dont you ever dare to go outside without wearing a pair of handsocks and a pair of socks! 
  3. jangan singkatkan tudung. make sure labuh and wear inner neck!
  4. jaga kebersihan diri dan sekeliling. dont make others said that ' u ni baik nmpk alim tapi pengotor ' so becareful.
  5. Jaga tutur kata ya, anak-anak. Ingat pesan nabi, kalau dalam keadaan marah lebih baik berdiam diri sbb itu lebih memadai ok! p/s : kurangkan mengumpat dan mengata.
  6. jaga solat lima waktu tu! tertinggal satu waktu sia-sia ja hidup kau. ingat tu!
  7. rajinkan diri baca al-Quran! tiap kali malas ingatkan diri kau ' takde sape boleh tolong kau dalam kubur nanti melainkan al-Quran tu jela ' 
  8. last but not least, hafal surah al-kahfi , al-mulk dan yasin. bukan mudah di dunia ja mudah juga di akhirat kelak.  
ni je step permulaan! ManJaddaWajadda. Siapa yg berusaha pasti akan mendapat hasilnya. InsyaAllah. #cabranuntuksebulan pastikan konsisten. Semoga dipermudahkan, amiin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Wednesday, June 14, 2017

Kucing @ Hitam

June 14, 2017


Bismillah,

Aku ada kucing. Kucing aku nama hitam. Aku tahu semua orang ada kucing. tapi tak semua yang betul-betul sayang kucing. Macam aku. Aku tak suka kucing. Kucing ni pun bukan aku punya. kakak kedua aku punya kucing. Aku tolong jaga ja. sementara aku tengah cuti sem ni. lagipun aku bukan buat apa-apa pun kat rumah ni.

Jaga kucing ni buat aku belajar something. Kawan aku pernah tanya aku. "kenapa kau tak suka kucing?" aku jawab, " aku bukan tak suka sampai benci. aku cuma tak suka jaga kucing ja. kena cuci tempat tahi dia tu tiap hari buat aku rasa remeh gila." So, aku amek keputusan untuk tak suka kucing. Better jadi macam aku sebab ada sesetengah tu mengaku suka kucing tapi suruh buang atau cuci tahi kucing dia takmau. Baik takyah bela. macam kakak aku tula. kucing tu memang dia punya.. tapi yg kena buang tahi tu... aku juga.

Cerita dia macam ni. Beberapa hari sebelum terjadinya kejadian tu, aku selalu mention nak bunuh hitam. Aku bukannya sengaja nak cakap macam tu. Aku geram sangat kat hitam tu. ok aku tahu dia tu cuma haiwan yg tiada akal. tapi aku tercakap. So esok esoknya, hitam hilang sebab ayah tak check betul-betul sama ada hitam dah masuk rumah ke belum. Aku dengan ibu pegi hantar Mohd balik asrama. Si adik aku tu awal-awal lagi dah hilang entah kemana tah. So ayah aku yg kena jaga. time tu pula cina aircond mai nak service. kiteorang biarkan la hitam main kat luar. Lepas berbuka baru aku teringat si hitam ni sebab terasa rumah macam sunyi kalau dak dia duk buat riuh sorang dia ja lari sana sini. Pastu apa lagi, semua duk kalut cari la. Aku time tu duk rasa menyesai gila. sampai rasa nak nangis la.. pagi esoknya...tepat pukul 12 tengah hari hitam balik ke pangkal jalan pulang ke rumah. Nasib baik dia ingat jalan balik..

Moral dari cerita ni. tak suka mcm mna pun aku kena buat baik gak kat haiwan ciptaan Allah. kena ikhlaskan hati jaga amanah Allah. Allah dah bgi peluang kedua untuk aku jaga. Moga aku berubah ke arah kebaikan. Ameen ya Rabb :)

Friday, October 14, 2016

#RoadbacktoAllah

October 14, 2016
Aku rasa aku dah jauh melencong. Jauh sangat. Aku rasa aku hamba Allah yang selalu sangat buat dosa. Aku rasa aku kehilangan something dalam hidup aku. Aku rasa macam tak perfect life aku sebab tak dapat something tu. You know what? Mostly, yang baru berhijrah akan cakap dia rasa macam hidup dia tak sempurna and macam ada kekurangan sesuatu tapi dia taktau apa. So, aku rasa benda yang sama apa yg diorg rasa.
Moga Allah swt permudahkan segalanya. Moga Allah swt bagi kekuatan kat aku untuk tempuh kehidupan kat dunia ni. Jangan lemah wahai diri. Jangan jatuh walau diuji sedikit. Ingat wahai diri, Allah always with you and will never leave you alone. 

Thursday, May 5, 2016

Medan Usrah: JAGA HATI

May 05, 2016


Part 1.
Watak cerita.
Hafiz: A boy. The very tiptop bab agama.
Nur: A girl. The very the solehah (baru hijrah) .
Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.
Tiba satu soalan dari adik usrah, "Abang Hafiz, camne nak jaga hati?" .
Hafiz sengih. Typical random one.
.
.
" Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah." .
.
.
"Mesti abang Hafiz tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat." .
Hafiz sengih .
.
.
"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Hafiz serius .
.
.
"Lelaki yang jaga pandangan, akan diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul betul." .
.
Hafiz pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.
Dia mula teringat kisah lalu dia. Beberapa tahun yang lalu..... (bersambung in part 2)
Sambungan.
Part 2.
Hujan. Hafiz bergegas ke stesen bas untuk berteduh. Tiba tiba bunyi macam.. suara apa mendayu dayu ni. Haih banyak kali Hafiz istighfar. Hafiz tengok sekeliling. Tiba tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran .
Nur selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda tanda nak berhenti. Nur  tengok sekeliling. Tiba tiba dia ternampak Hafiz. Hafiz tunduk.. Tiba tiba Nur rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua duaan. Lagipun Hafiz pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.
Hafiz pandang sekilas .
"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Hafiz .
.
"Argh! Istigfar Hafiz!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.
Esoknya.. Hafiz pergi library. Saja nak lepak. Kalau dekat bilik, roommate duk memekak lagu Korea. Baik duk dekat library, heaven, takde orang nak kacau.
Nur buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.
But.. Hafiz pasang telinga.
.
"Macam kenal suara ni.." .
Rupanya port Nur lepak dengan port Hafiz bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.
Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Hafiz untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.
.
"Assalamualaikum?" .
Nur teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.
.
"Err miss?" Hafiz try lagi. .
.
"Already a MADAM!" Nur bangun dan blah.
Waktu tu Hafiz rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar .
Nur sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!
And so.. satu hari takdir mempertemukan mereka berdua.. (bersambung in part 3)
Sambungan.
Part 3.
Hafiz dan Nur dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.
Nur dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Hafiz.
Hafiz..? maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.
The meeting went well. Hafiz interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nur. Both menjaga. Tapi Hafiz, still rasa terpukul.
Satu hari atas sebab kerja, Hafiz WhatsApp Nur. Pung pang pung pang sampai pukul 12.
Nur selambe je read tapi tak reply, bluetick, online .
.
"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nur." -Hafiz.
Nur dumbfounded. " Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh" .
The next morning, " for your information, I'm still a miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nur.
Hafiz baca sekali dua, tiga, empat kali. " Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Hafiz sengih.
Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Hafiz berkira kira nak WhatsApp ke tak and at last..
.
"Sorry kalau ada buat salah pape." .
.
Nur reply, "K"
.
Hafiz reply, "K? Potassium?"
.
Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nur replied.
And so.. bermulalah kisah baru. Saling  berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah sirah Nabi.
That term (romantik islamik) .
Satu hari, Nur cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.
Dan takdirnya.. Port cun tadi sebenarnya port budak budak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.
Nur tanya kak Yuliza, the naqibah.
.
"Akak. nur hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?" .
.
"Lupa nak baca Bismillah kot." .
Gelak berjemaah.. Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak nur buat something yang Allah tak redha?" .
.
Nur senyap.. Dup! Ada.. kot?
Kak Yuliza sambung.. " there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell." .
Nur: Sebenarnya nur.. ada suka sorang mamat ni.
.
Kak Yuliza senyum.. (bersambung in part 4)
Sambungan.
Part 4.
Nur:  Tapi.. Nur dengan dia takde pape pun. Just kawan.
Kak Yuliza: Kawan macamana tu? .
Nur: Kiteorang selalu share kisah kisah agama. Helping each other. Sebab Nur kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama.
Kak Yuliza: Let me ask something, selalu contact? .
Nur: Selalu la jugak. Sebab kami buat program kerjasama.
Kak Yuliza: Jujur. Discuss urusan kerja je? .
Nur senyap.. Nur start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.
Kak Yuliza: Sister, do you love him? .
Nur: Kind of.. no. But yes. Hm.
Kak Yuliza: If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa.
At 3.00 a.m Nur bangun. Qiyamullail.
Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.
After a few weeks, Nur buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.
Nur tekadkan hati. She must help Hafiz.
Nur: Hafiz, kau selesa ke dengan keadaan camni? .
Hafiz: Eh hilang ke mana? Apake pelik soalan tu? .
Nur: Random.
Hafiz: Nur, are you okay? .
Nur: And if I said I'm not, what will you do? .
Hafiz: Nur.. what? Tell me. Please.
Nur: Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you.
Hafiz: Apa ni Nur.. cuba cakap bahasa Hafiz faham. Jadi macam dulu? Dulu cane? .
Nur: Waktu hati Hafiz masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati.
Hafiz speechless.
Hafiz: Nur give me time.
Nur: Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam.
Nur nanges.
Hafiz nanges.
Both hurts
.
"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most." .
Hafiz WhatsApp Izaha, "Brother, need some help." .
Izaha: Sure. How?
.
Hafiz: Meet me. Port biasa at 2.00 pm. Urgent! (bersambung in part 5)
Sambungan.
Part 5.
Hafiz dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.
Izaha: Stress pikir pasal Ummah ke duh? .
Hafiz geleng. Muka serius, tegang sangat.
Izaha: Okay, silap timing. So wassup? .
Hafiz: I knew a girl, and I'm in love.
Izaha: Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan.
Hafiz jeling.
Izaha: woo woo hold on. So the problem is? .
Hafiz: Silap step.
Izaha: Already langgar the pant
ang larang? .
Hafiz: Kind of.. I know but its just. .
Izaha: Benda dosa memang seronok buat.
Hafiz speechless.
Izaha: Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong. May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku." .
Hafiz: Proceed.
Izaha: Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia? .
Hafiz: Sangat? I thought of making her as my wife dah.
Izaha: Then I bet, you must be so serious.
Hafiz: Truly.
Izaha: But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists.
Hafiz: Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je.
Izaha: Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati.
Hafiz betulkan duduk.
Hafiz: But I'm.. not contacting her, makes me suffer.
Izaha: Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu.
Izaha sengih.
Aturan Allah tu perfect.Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Hafiz, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. (bersambung in part 6)
Sambungan.
Part 6. The End of the Chapter.
Kau tahu, Hafiz? Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not? ..
*Izaha siku bahu Hafiz*
.
Hafiz: Aku dah lama tak tahajjud.
Izaha: Sebab? .
Hafiz: Tak terbangun.
Izaha: Allah taknak kejut kot? .
Hafiz: Hmm *kepala tertunduk*
Izaha: ops! .. Last ayat ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam. Jangan sebab kita ada ilmu, kita ada rupa, kita salah guna dengan tarik dan mainkan hati wanita. Allah sangat sangat tinggikan darjat wanita dan Rasulullah sangat tak suka lelaki yang mainkan hati wanita ni bro! .
Tanpa sedar Hafiz sudah terlalu lama mengelamun saat diri dia yang dahulunya sampai dia tak sedar dia berada dalam table usrah yang mana orang sedang tunggu jawapan dia..
.
"Abang Hafiz? Are you there?" - Adik usrah
Hafiz: Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi? .
Camne nak jaga hati? ..
.
*Hafiz sengih* .
.
Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa.
The end.
Conclusion: Wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. Jadi berhati hati lah. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. Afaf hanya kongsikan sebuah kisah yang mungkin di alami semua orang, mungkin juga sebahagiannya. Ambil yang baik, buang yang buruk. Lagi kita berilmu, lagi Syaitan cuba porak perandakan hati hati kita. Berhentilah sekarang, atau lambat merasai penyesalannya. Kalian percaya Allah? Afaf percaya Allah. Sebab percaya, apa jadi dalam hidup kita; lalui saja .
Allah yang beri ujian ni, Allah juga yang sembuhkan segalanya. Tidak kira dari segi perasaan mahupun perhubungan. Anggap ianya menjadikan kita lebih matang. Dan afaf jatuh bangun afaf, afaf sentiasa monolog diri, " Hati, kau kuat. aku tahu." .
Bagi daie, dia juga seorang manusia. Setiap daie melalui fasa fasa ini. Untuk mereka yg bawa panji2 agama, kuatlah laluinya. Muhasabah diri bersama. Moga bermanfaat. Perbaiki diri bersama sama. InshaAllah. Mungkin kalian ingin meluahkan sesuatu di hati? silakan. Kalian tak sendirian :)

Friday, April 22, 2016

Dedicated to Effisioners

April 22, 2016
Remember this gais,
Even aku dah tak contact kauorg or tak pernah contact sejak habis sekolah ni. Aku takpernh lupekn korg lgi lgi jasa korg kat aku. Each of u prnh buat kenangan manis dgn aku. So klau korg terasa ke hape sbb tak contact korg aku minta maaf byk byk. Aku doakan korg berjya dunia n akhirat 
Rindu aku kat korg sma mcm korg rindu boyf korg.
Sayang aku kat korg sma mcm syg aku kat adik bradik aku.
Till we meet again sahabat,
Pertemuan dan perpisahan kita krna Allah 


Follow Us @soratemplates